TuneList - Make your site Live

Saturday, April 20, 2013

Tips n Bajet ke Bandung

Hi..Hello! Mdm Jeong kembali lagi . . . ahaha wokeh! kali nie nak cerita serba sedikit tips dan bajet for those who planning to go to Bandung. Kalau ada yang bertanya if we are first time going to Bandung, perlu ke pakai tour guide or tour agency kan? Jawapannya adalah . . . . tidak! hehe tak perlu pun . . . asal kan ko dapat supir kat sana. ha! tue dah tersangat lengkap untuk ko jelajah satu Bandung.

Jom kita tengok apa yang perlu kita lakukan sebelum ke Bandung:

Flight ticket
Kena pandai dan selalu stalk airlines website. Selalunya AirAsia la yg banyak promo. Average harga ticket ke Bandung 200-500. Kalau nasib baik boleh dapat rm100 something return ticket ok! Tapi kena cepat grab la. If that time harga tiket 300 something . . better tak payah kott mahal leww. hehe

Wang
Depends. Kenapa? Sebab perbelanjaan seseorang tak sama antara satu sama lain . . tapi kalau nak save better bawak kad. Cash money gunakan di Pasar Baru, tempat makan dan tempat-tempat pelancongan untuk beli tiket masuk. Boleh la tukar dalam Rp1.5juta. Rp10000 =  RM3.50

Penginapan
Tak pernah stay kat mana-mana hotel di Bandung lagi hanya stay apartment jer. Dan harga apartment yang I stay nie tak setanding dengan harga mana-mana hotel. Hiks! sangat berpatutan la weh.. 
Stay at Cipedes Apartment. Ada 2 bilik dan 3 bilik.

2 bilik - Rp500000/malam
3 bilik - Rp700000/malam

*boleh minta tolong pak supir book kan ok*

Supir
I'm very happy with Pak Ratno service. No need to worry about anything. Sangat dipercayai ye. If dia tak dapat bawa kita jalan-jalan dan minta kawan dia yg bawakan . . so, tak perlu risau sebab dia akan pass kawan yang baik macam dia juga.

1 hari - Rp450000

*ke Safari akan tambah Rp200000*

Boleh contact sendiri pak Ratno: +6281322887474

Baju
Tak perlu bawa baju banyak kalau nak ke Bandung untuk bershopping. Cukup bawa baju sehelai untuk berjalan sebab nanti ko nak shopping, so pakai je baju yg ko shopping tue. Then bawa sehelai jela baju tido. Repeat jela tido pakai baju yg sama..takde sape nak tengok or cium ko ahaha nie untuk bujang eh..
Tips nie untuk save baggage uolls kat airport nanti . . takde la over baggage laks kan..

Tapi bagi yang ke Bandung bukan untuk bershopping. What I mean is shopping untuk baju raya or telekung sahaja n jalan-jalan, pandai-pandai la bajet bawa berapa helai baju untuk stay kat sana kann.



Apa lagi ye . . itu je kott. Oh ye! sebelum start shopping, pasti kan asingkan Rp75000 untuk airport tax balik  ke Malaysia nanti ye.


Sudahhh! Bye.

Sunday, April 14, 2013

Bandung Last Day 5 ~ weehuu

Hi Hello! ahaha Madam Jeong intro . . . kenal tak? kenal tak? tak la tue! huh! sape tengok Gag Concert mesti kenal kikiki araso! bukan nak story pasal Mdm Jeong ye... Finally, sampai juga ke entri terakhir di Bandung . . dah naik muak menaip benda yang sama. LOL.

Flight kami jam 0645pm, so sangatlah sempat nak habiskan duit lagi kan. Our mission for the last day is Donatello, Cihampelas and Brownies! So, before start the mission let's take a last picchaa with our homey apartment, nice supir and kind penjaga rumah.

unit kami yg balkoni ujung sekali

homey huh?

tak nampak sgt beg kami kan . . .

posshing dulu

see! huhu
with Pak Ratno
with Pak Kuwat, Dio n Pak Ratno
Our destination adalah.....Cihampelas! tak tau la kenapa Cihampelas mesti jadi destinasi terakhir.Last year pun camgitu gaks..hari nak balik baru pi...so tak berapa nak explore sangat cihampelas nie, mall pun tak masuk, just makan resto kat luar tue je. Cihampelas nie boleh tahan crowded sebabnya outletshopnya betul-betul di tepian jalanan so crowded dengan kereta hokeh! Kalau nak beli souvenir boleh la beli kat sini and murah sikit kot than Pasar Baru. Better if uolls nak beli t-shirt ilovebandung, beli la kat sini . . really recommended! Ada satu stall nie jual t-shirt betul-betul seberang jalan tue PerahuOutlet dan stallnya di tepi simpang tiga. Beli t-shirt dekat mas tuh memang murah eh tapi aku tak beli pung! Sebab kononnya Rp dah abis kan kan kannn. Grrr. Kak Lin, Kak Gee n Kak Shida je beli.




stall nie la yg jual t-shirt murah

betul-betul depan perahu..tengok la tue byk nau kereta.rimas aku.
eycehh

kusyuk tol memborong yee

candid la kekonon tue

Lepas memborong t-shirt, perot dah lapar kan . . dekat tengah hari dah pun. Ha! Lagi satu aku tak berapa paham asal la Cihampelas nie panas bebenor. Tak tahan i! ngee~ Ok. Kami makan di one of the resto kat Cihampelas Walk ala-ala japan concept gitu..tak silap Platinum kott.
lapar sangat eh



my meal! masitssoyo!






Dari Cihampelas kami ke Donatello. Borong kasut. Best tau kasut kat sini bukan takat best tapi quality sangat baik ok dan harga pun tak de la mahal sangat. Sape-sape rasa datang ke Bandung nak mencari kasut, Donatello is the right place. Tapi kalau nak cari barangan kulit haruslah menuju ke Cibaduyut sebab kat Cihampelas agak kurang leather item. Macam mana aku tau?Aku tanya mas yang jual purse kat situ. hehe. Oh ye! Donatello kat Jalan Dago ye...dapat la 2 pasang kasut, dua-dua leather shoes...1 untuk kerja, 1 untuk jalan-jalan. Sangat puas hati. ^ ^

Then kami ke Kartika Sari mencari Brownies la kan...apalagi ye dak?Tapi ramai orang kat sini. Aku beli sebiji je n cookies sebab duit konon dah ABES kan! Kak Geen Kak Shida nak beli kat Amanda. So ke Amanda laks..tak berapa ramai sangat, relax je nak memborong brownies. Brownies sini lagi murah dari Kartika Sari dan rasa macam sedap sikit kott. hehe.

Dan kami pun terus airport. Lepak-lepak di airport sementara tunggu gate buka.

Kak Gee marah Kak Shida ke

marah-marah terus senyum eh

abeskan pulsa
Wokeh! Nak tau tak awat la aku stress the word Rp abes la kekononnya tue???Sebab tengah duk aku kemaskan and cleared out all my stuff from backpack, aku jumpa Rp200,000!!! Mana tak geram . . . hukhuk sebal bangat. T_T tah bila repeat Bandung lagi tah. Benci!!!

Wednesday, April 10, 2013

Bandung Day 5

Ok! Jom kita story hari ke 5 di Bandung. Ekekek aku siap tanya Kak Lin balik eh apa yang kitorang buat hari ke 5 ok  . . tapi aku tak ingat apa yang kitorang buat lepas ke kawah putih sebab takde pic after that trip.

Ke Kawah Putih kami gerak dalam jam 0830 am kot >< Perjalanan lebih kurang macam nak ke Puncak tapi    Kawah Putih nie dekat sikit la, so takde la rasa cam makan masa sangat kan . . ahaha

Otw ke sana korang akan terpegun la kejap tengok sawah padi and pokok bawang k . . nie bukan kecik punya pokok bawang, nie jenis had besar macam orang korea selalu masukkan dalam stew kimchi. Ha! awat tetiba mention korea nieh! APAKAH??Ahaha Alright! tak payah banyak type just enjoy the picchaa k!

nie bukan padi tau tapi pokok bawang

nie baru padi

bawang pokok bawang!

sawahpadi

Cantik kan view dia?hehe sebelum naik ke Kawah Putih korang akan diminta beli mask tapi diorang tak paksa pun suh ko beli. But if korang dah turun ke Kawah Putih mesti korang rasa betapa perlunya mask tuh okehh. Sebabnya belerang kat situ sangat la kuat sampai ko leh terbatuk-batuk and mengalir air hidung kuikuikui ok jom kita enjoy pic Kawah Putih laks . .  are you ready?jom!

otw turun . . tuh tgk kat belakang tuh! cantik kan?




Kak Gee nak ke mana tue?

oh! saraghae . . tangan tak sampai~ngee~






so korea!








wah kabus!

Aku tak tau apa yg kitorang tgh buat . . yg pasti bkn mencari kerang ke ketam ye.apa yg lucu tah!

kikiki tak sempat!



saintis la sangat!





classic sgt!

makcik nak pegi mana?


candid la sgt!
Ok. dah tengah hari camtu kitorang pun dah gerak nak pi cari makan and terus ke FO, hajat nak ke Heritage shopping baju shejukk. Beberapa pic otw turun dari Kawah Putih.








Selepas ke Kawah Putih kitorang bergerak ke Jalan Riau serbu FO . . focus aku ke Heritage je sebab baju sejuk situ murah sehh. Sebelum tue makan tengah hari kat mane ye?hmm Simpang Raya gaks kot . . then baru jelajah FO. Semua FO kat situ kitorang masuk tapi yang menariknya TheSecret macam nak masuk club! kikiki Dah perabis duit, kami repeat dinner di Stone Cafe, konon nak jumpa si Firman tapi nan hado! orang lain laks yang nyanyi. Adess sore dia aku rasa cam nak sumbat mic tu dalam molot je. Hangen kejap!

Meh tengok menu kami makan meh.


Kak Gee watpe tue


Kak Gee weh . . ko dah mcm menjampi Kak Shida ekekek
Tue je yang kami buat untuk hari ke 5. So tunggu la story last day kami di Bandung ye. Tah bila laks aku nak type ahaha maleh aku. Bye!