TuneList - Make your site Live

Sunday, March 24, 2013

Bandung Day 4

Day 4 masanya kita ke Puncak yang memuncak !!! ahaha Hari nie hari Selasa, kami ke Puncak, Bogor utk ke Taman  Safari yang sangat la best! Safari atas gunung? sangatlah peliks dan jakun kan.. Perjalanan ke sana bak kata Pak Kuwat makan masa dalam 2-3jam sebab tue perlunya pergi hari biasa . . kalau pi hari sabtu ahad emang lah lagi berejam-rejam kerana org Jakarta suka ke sini.

Sepatutnya pagi tue kitorang gerak dalam pukul 8.30a.m tapi sebab pagi tue hujan so, tunggu Pak Kuwat tak sampai-sampai lagi . . syok tidur gamaknya! kikiki jahat aku. Kitorang gerak dalam pukul 9.30 sampai kat atas tue dalam 12.30 ke pukul 1 camtu. Aku dah kabor yg aku tak bleh jejalan makan masa yg membuang masa nie...hati aku tak bleh sabar! ahaha rasa nak berangin je . . . tambah tengah bendera merah. oopps!

Sampai kat pekan Puncak tue kami berhenti isi perut sat makan tengah hari kat resto padang kati situ. Lega sikit perut aku yg panas nie hehe Otw nak naik ke Safari tue . . sebelah kiri ko berderet org jual carrot untuk bagi makanan menatang dalam safari nanti. Kitorang beli gak la berapa Rp tak hengat laks.

Ok! Gambar dlm taman tema safari tue sendiri tak ada sangat sebab bateri camera abis! so bergantung pada camera hp yg tak seberapa ahaha. Enjoy the picchaa!
sepanjang perjalanan disajikan dgn sawah padi


bertengkat-tengkat sawah padi ko! terpegun jap.

nampak gunung diselaputi kabus tuh?kitorang kat atas tue la jap lg

lepas padi..dihidangkan laks dgn ladang teh..nak sampai dah nie

dari atas boleh nampak sawah padi

teh! daun teh!

isi perut! sebelum isi perut nate ahaha

bertambah aku...sbb lapar yg amat!

gelojoh nate nie

makan ko makan!

chomeyy ngat!

sama...tp tak serupa

chantek ko

adventure tak?siap harung sungai bagai! ahaha



ehem sedapnya tido! naseb ko tido kan...
theatre nie ada show badut n gimnastik. best!

time nie ada show burung n mcm-mcm nate lain
Dalam nie macam taman tema la..ada taman burung, taman haiwan, rumah hantu, roda ferries n mcm-mcm games lagi la! sebab hari dah petang n hujan pun dah mula turun..kitorang terus la nak balik n cari mkn malam. Otw turun tue sempat la singgah kat check point puncak untuk tengok view puncak kan.. tapi dgn hujan renyai-renyainya dgn angin yg kuatnya..mana tahan duk lama-lama! sejuk! tak nampak apa pun! berkabus!

kat checkpoint sejuk!


Sampai Bandung dah gelap . . . dalam pukul 8 kot so terus cari makan. Singgah makan di chinese resto, kat sini aku guna kartu sbb cash money aku dah abis. ahaha

Apa yang boleh aku describe pasal puncak adalah cukup sekali je ko pegi if ke Bandung. Tak perlu kot repeat for next time ahaha sebab aku seorang yg tak sabar menunggu, paneh bontot aku hokeh! tangkuban aku bleh terima hehe kalau nak repeat pun drop ler aku kat mana-mana FO..balik dari puncak jgn lupa jemput aku ahaha!

Ok cukup-cukup sudah aku update. Tunggu la minggu depan laks! Memang update seminggu sekali pung! letih wohh... ahaha pemalas!

Saturday, March 16, 2013

Bandung Day 3

Woot woot! Alright.. hari nie hari Isnin so, jom kita lancarkan pemburuan kain pasang dan telekung! Shopping di Bandung semoleknya pada weekdays sebab orang tak ramai dan harga pun murah berbanding weekends (sabtu n ahad la). Kalau ko pegi Pasar Baru time weekend memang bersesaklah kamu dengan umat manusia dan nescaya sukar bagi kamu untuk rundingan harga sementelah harga sangat lah tinggi. Macam tu jugak la kalau ko pegi FO. . takde nya diskaon sebab time tue la ramai orang Jakarta turun shopping ke Bandung. Lagipun jalan teramatlah macet ok time tuh sebabnya?orang Jakarta turun . . . T_T

Hari nie Pak Ratno yg bawa kitorang berjalan. Yeay!!!(utk kak shida..oops!) Pak Ratno cadang ke Kopo dulu untuk lihat kain-kain terus dari pembekalnya, lagi murah katanya lah.. Sampai je kat sana, tempat tue bukanlah kilang pun...kawasan perumahan dan rumah tue dijadikan kilang, so tak perlu bayar cukai. Mata dan hati aku takde yang berkenan kat situ sebab tak meriah macam Pasar Baru..padahal memang dah aim kedai mana nak serbu kan..kannn?Kak Shida je pun yg beli kat situ..ok lah daripada pulang keluar tangan kosong kan?

So destinasi seterusnya OPKOS! Pasar Baru...yeehaaa! Dah bagitau Pak Ratno nak pi kedai kain sebelah parking keta tahun lepas. So sampai je..terus ke Sir Cinta (kalau tak silap la ye) yg betul-betul di parking area. Scan and zoom dulu kain-kain dan harga kat situ then kitorang masuk Pasar Baru dulu untuk compare rege. Tapi memang murah pun harga kain situ ok!

Dok lah turun naik escalator mencari kedai telekung tahun lepas pernah pi sebab murah kan.. tak jumpa-jumpa gak. Then decided, makan dulu.. kami makan kat foodcourt situ gak, memasing order ayam penyet..sedap hokeh! Ok takde pun pic dalam pasar baru nie sebab excited sangat habiskan duit gamaknya. Kikiki

Lepas makan terus menuju ke kedai kain VOGUE gitew huhu memang boleh jadi gila ok masuk sini. Dia punya layanan..hambek ko! 1st class wokehh! ko duduk lah kat sofa dia, main tunjuk-tunjuk kain..nak tengok kain nie..nak tengok kain tue....takdenya dia nyombong nak melayan ko. Siap dihidang air lagi..lepas minum..minummm lagi...sampai nak terkencing ko dibuatnya..ku tahan jebat! ahaha bongek! Siap hidang brownies lagi...sedappp!

Kalau nak beli kain untuk 1 family, really recommended this shop. tersangat la murah. . nak nanges! And dia pun amik tempahan wat terus baju kat situ. Aku and kak gee try tempah baju kurung moden. Esok malam dia hantar ke apartment. Kalau ko beli kain lace better tempah terus la kat sini sebab dia tahu cemana nak jahitkan?lagipun ko bawak balik jahit kat Malaysia memang mahal hokeh! belum jahit..orang tengok kain dah dicajnya tiga pat ratus cane tue?

Dah membayor rege kain sume..si Anas, budak keja vogue tue nak rekomen tempat kawan dia jual telekung. Hahaha memang naseb ko la labu. . . kedai kawan dia tue, memang kedai yang kami dok cari dari tadi! perghh..hebak hati nie...hehe

Kedai telekung nie sebelah escalator, TJA nama kedainya. Kat sini takde la lama benor cam kat vogue.. beli untuk ofismate yg memesan je. Yang memesan kat aku sorang je tapi yang nak dibeli 4 helai! Huk aloh! Ok, setel telekung! Cari kain batik laks.. kalinie mak aku yg pesan..10helai. Nie pakai hentam je masuk kedai manetah..mahal sebenarnya kedai nie..tak kasi kurang seribu pon! Vongok! sebabkan aku penat je aku malas dah cari kedai lain tau! kalau tak...takdenya aku nak bagi duit aku kat ko!

Ok dah habis membeli kat dalam, lagipon kedai dah nak tutop pon. Pukul 5 dah kott time tue. . so pi parking letak barang jap..masuk Sir Cinta, konon nak teman kak lin beli kain kat situ. Sekali terjebak gak..beli 2 pasang kain..sini aku guna RM eh sebab sayang nak guna Rp..nasib baik terima! Kak Shida yang konon nak panggil kitorang dua pun ikut terjebak gak beli sepasang kain..ahaha gila..gila!

Pastu kami menuju ke toko tiga. Misi mencari seluar jeans! tapi tak beli pun. Kak shida je beli. Ok. Kak Shida nie baru aku pasan, tiap tempat we all drop...opkos ada barang di tangan dia. Bagos! ahaha 
kak gee wehh tak sah tak amek pic ko kan kak...

antara deco dalam toko tiga
Lepas ke Toko Tiga, kitorang minta Pak Ratno hantar ke Rumah Mode. Repeat beb..repeat! Jumpa Shila Rusli kau..auww! Kali nie tenang je hati dan jiwa bahkan minda...sebab tak crowded..boleh dibilang dengan jari. Sejuukkk sikit hati nie nak bershopping. kikiki
kat luar romah mode..korang kenapa?

Then kitorang terus pi makan kat atas bukit Dago. StoneCafe. Memang cool beb tempat dia. boleh tengok view Bandung. Cantik! Tambah cool sebab ada live band! yang sore nya amat sedap..eh nape pandai wat sore sedap ngat?rasa nak lempang jeww! ahaha

Sementara tunggu makanan sampai . . . apalagayyy! jom snap..snap!

nampak tak view kat belakang tuh . . cantekk kan?

bandung glow in the dark

suka pic nie..tapi botol tue rosak! ahaha

suka pic nie! ijo..ada org disebalik daun
Ok! makanan dah sampai . . . meh..meh...tengok apa yang kitorang order.
minuman yg kami order

aku punya..sangat shedapp..dap dap!

kak shida punya

kak gee

kak lin

pizza..as side dish
Dah makan...disebabkan hati meronta bebenor nak nengok sape yg sore seedap nau cam nak kena lempang tue..jom snap gambo dia. Eh kak gee n kak shida sempat request lagu kau! kehilangan by firman.
tue la penyanyi dia..kak shida...malueew la konon ye

ahaha sori tangan i neves!

Ok bleh tengok video band nie nyanyi..aku upload dalam youtube. klik sini

Lepas makan..apalagi ye??? hmm..balik tido la! sebab esok kena bangun awal, jauh perjalanan.




dah penat!!!! nak tido!

Sunday, March 10, 2013

Bandung day 2

Uuhuii! Let's ride to Tangkuban! woot woot
Ekceli emangnya tidak asik kalo tidak ke Tangkuban Perahu gitoe. Ahaha Ok. Semua tahu yang Tangkuban emang femes dengan view dia yang cantik bangat tuh kan.. Tapi aku jatoh chenta dengan makanannya hokeh! Amatlah shedap dap dap..kikiki

Kami gerak ke Tangkuban dalam pukul 8.30 pagi kalau tak silap la. Dari apartment nak ke sana ambil masa lebih kurang 30minit. Perjalanan macam nak ke Cameron tapi jalannya lagi cantik la kott ;p Sepanjang perjalanan kau boleh nampak penduduk kat situ jual arnab selamba dia letak atas para sehh! tak ekat pon arnab tuh..bapak la! pastu bersepah le orang jual sate kelinci (arnab) tapi tak try pon..rugi kan?hurmm next time!

Taraa! dah sampai Tangkuban. sejukkk! but i ok with cold weather..puii!


cantik kan?teruja! teruja! teruja!
Berejam jugak la kami kat sini sebabnya ingatkan Pak Kuwat dah kemana-mana..ate tgk keta ada, tapi orangnya tak nampak..so pusing-pusing abihkan duit la kat sini. Rupa-rupanya Pak Kuwat dok tidoq dalam keta sob sobs. Bagus jugak la kitorang wat second round kalau tak..tak dapek nak raso food kat situ. Sangat sedap and really recommend if u come here ok!

pe yg sonok nau tuh

singgah makan jagung sat
kat sini ramai yg jual jagung
better makan kat tmpt akak nie bukan akak yg pegang beg merah tue..tue poyo je ahaha kak gee kakgee

Memang korang akan nampak ramai yg jual jagung bakar tapi pilih ler yg betul-betul ok. Kami makan kat tempat akak nie sebab tempat dia nampak better than yg lain which is bersih sikit and she looks nice. hehe
amboi kak lin kak gee..sedap ye ;p
ko tengok bapak tebal kabus dia..korea sangat!!
suka pic nie sbb cam korea kan kak shida kikiki
view nie amik dari atas masjid tangkuban
gorengan yang dijual sebelah masjid

bakso yg keren bangat!
Kan dah cakap tak rugi la kitorang wat 2nd round akibat tak nampak Pak Kuwat yg ketiduran dalam keta. Lapar punya pasal . . berani mati nie try gorengan kat situ and bakso yang perghh! gila ok! Sangat sedap wa cakap sama lu! Bakso dia sangat la bakso.. sangat la indon..this is the real bakso ok! makan kat tempat sejuk ngan sup panas dia..meleleh! ahaha kenapa pandai sangat ni.

ce tengok kak gee kau makan bakso..serius nau! ko dah nape kak gee
tempat wajib bergambar..biarin aja kak gee itoe
Dari tangkuban kami terus ke Kampung Daun untuk makan tengah hari..time tue pun dah pukul 12 lebih. So amat sesuai untuk bersantap. Hehe. Kat Kampung Daun nie konsepnya kalau ko nak makan kat gazebo dudok bersimpuh kena amik nombor giliran. Tak kose nak melayan amik nombor sedang perot berkeroncong. . .makan jela kat resto dia tuh! Pun not bad lah weh...! Puii! Gazebo queuing number kunun.

ngopi doloe lagiin tunggu nomornya

pi bulan February..valentine la sangat!

nie pisang salai (kot) hehe

Kalau yang ada tengah tunggu nombor tue leh la minum-minum kopi dulu..try pisang salai nie. Pastu ada dia jual kerak telor. Macam best tapi otw turun dah kenyang kan..so tak try pun! isk.


kan dah cakap..kat resto dia pun best jugak! cantik kan..
makanan yg kami order..sabar kak lin ye..dah makan pun kan?

aku, kak gee, kak lin n kak shida


Dari Kmapung Baru Daun kami ke Rumah Mode. Because of that day is a Sunday . . makanya ramailah umat manusia. So annoying eh nak bershopping berhimpit-himpitan, bergesel-geselan dan bersingul-singulan. Tak reti aku nak shopping! So have to repeat again eh.
di rumah mode

disebabkan ramai nau orang kat dlm tue..kita lepak kat kafe pekena kopi hehe


Ok..dah pening kat Rumah Mode, kami terus ke Paris Van Java (PVJ). Ok gak la leh cuci-cuci mata Ohoho.
nie sume poyo!! tak join pun..eksen je!


motip?sebab tangga tue comeyy ngat!
Mostly shop lot kat sini semuanya cute-cute wohh bajet korea siot! tak pernah pi korea pun dah rasa cam korea sangat dah tue. Kenapa kreatif sangat...nangis i tau T_T
pic nie kat toilet.motip?sbb time aku amik pic je sume dok pakat lalulalang.so, tmpt terbaik aku adalah di sini.T_T
Pastu kitorang isi perut kat satu kedai ni yang deco kedainya sangatlah oldskool. sume barang-barang lama. Unik! tapi taktau apa nama kedai nie. And dia punya portion dish sangat lah banyak ok!
pic dish tak amik so,snap menu je.ok order tuh. nasi goreng omelette


Ha! aku tau nama kedai nie sagoo! tuh..byk perkataan sagoo.ahaha


mcm kantin skolah kan

Kewl kan?
ok, dah penat nak balik tidur!
Sampai apartment, bukan terus tido tau. Kak lin start lenyek avocado yg dia beli kat tangkuban..nak wat masker. Aku la tukang tempek kat muka dia. Pastu datang kak shida dia pun nak jugeks..meh ler aku tempekkan muka korang ye. Datang laks si kak gee nak jugeks..tapi dah abis! So kak gee terpaksa lenyekkan sendiri untuk dia. Aku jugeks la nie yg kena tempek-tempekkan?redo je la...

Arghhh! dah penat aku wat karangan nieH. Enuff! nak tido!