TuneList - Make your site Live

Sunday, February 6, 2011

jom 1 Malaysia!

Hari minggu adalah hari bersama keluarga. So duduk di rumah aja dong! duk selak-selak baca soratkabar..ye....saya selak-selak aje tapi bukan tak baca ok. Dah jadi habit, 1st pegang soratkabar mesti selak-selak dulu..tgk tajuk yg best-best dulu utk amik mood. teehee. 2nd, baca berita yang telah menangkap minat tadi. 3rd baru lah recover semua berita hari ini. Jap! bukan hari ini...semalam kan? berita semalam kan?:p

Tertancaplah oleh mata ini membaca artikel nukilan jehan miskin..JEHAN?suka ! ! ! sgt menjalangkan ok! kak lin cakap org nogori cakap cair is cair tapi air yg tak pekat atau kuah yg tak pekat yg cair je di panggil jalang. Jadi jehan miskin sgt menjalangkan hati ini. woohoo.. Ok.ok..berbalik pd artikel jehan tadi.. dia menulis tentang 1 Malaysia. Memang betul setiap perincian tulisannya tapi amatlah sukar untuk laksanakan. Bukan tak boleh tapi as customer service, berapa ramai dan berapa ratus org rakyat Malaysia yg saya hadap hari-hari nyata majoriti adalah pentingkan diri. Kalau sebelah pihak sahaja bertoleransi dan yg lain ambil kesempatan, memang takde gunanya semangat 1 Malaysia. Dan mereka yg sellfish ini akan salah guna term 1 Malaysia utk kepentingan peribadi yg kadangkala tak munasabah.

Sebahagian tulisannya yg patut semua kaum perlu fikirkan adalah," Untuk inisiatif 1 Malaysia berkesan, setiap rakyat perlu mengubah sikap terhadap kaum yang lain, bertoleransi dan bertolak ansur. Kerajaan cuma boleh memulakan inisiatif sebegini, ianya terpulang pada rakyat untuk menerapkan falsafah ini dalam kehidupan harian". See...memang ada kebenarannya tapi semua terpulang pd diri sendiri.

But the best part saya amatlah suka dan sgt tertarik pd yg ini," Orang Melayu baik tapi malas, Orang Cina rajin tapi tamak dan Orang India petah bercakap tapi tak boleh dipercayai". Memang kena lah! walau macam mana semangat 1 Malaysia kita laungkan tapi setakat laung jela..tak terapkan pd diri memang taaakkk la nak jadi. Aku sendiri pun sukar untuk amalkan 1 Malaysia dlm diri sebab cubalah lihat sekeliling then baru tahu. Tapi orang kata kalau kita tak mula dulu, bila lagi?

Semangat 1 Malaysia amatlah mudah untuk dilaungkan tapi amatlah sukar untuk diterapkan dalam diri setiap kaum. Mungkin sikap pentingkan diri dikikis dan berprasangka terhadap sesuatu kaum lenyap...barulah 1 Malaysia itu dirasai kemanisannya pada setiap rakyat.













notakaki : jatuh hati pada jehan miskin lah! hati sudah jalang. teehee.

1 comment:

  1. rehan... face it... feel it....taste it.. ;)

    ***sambil nyanyi lagu 1 Malaysia nyanyian Noh Hujan+Shila OIAM+Lah***

    ReplyDelete