TuneList - Make your site Live

Saturday, June 18, 2011

hati menangis

Untuk beberapa minggu kebelakangan ini hidup aku huru-hara .. semuanya kerana tiada lagi chenta dalam hidup ini. Iye... aku terpaksa lepaskan chenta pergi dari hidup ini. Sedih! Nak menangis dah tak berdaya... tiada masa untuk menangis kerana tekanan yang diterima maha berat..... hanya keluh kesah di dalam hati.. jiwa merintih, hati menangis.

Ya Allah! Ampunkan hambaMu ini yang telah melakukan dosa yang akan menghantui diri sepanjang hayat. Terlalu berat.. terlalu kesal.. terlalu kecewa. Nak ku luah tapi tak mampu hanya hati yang memujuk jiwa.. hanya hati yang mampu menangis.









*kepada hati hati yang terluka...saya mohon maaf kerna saya juga punya hati. maaf.*

Monday, February 14, 2011

conVention@pwtc

Hehe. Entri kali nie nak cakap pasal.. Ok bukan cakap, TYPE! Iye.. type... Ok nak type pasal convention bolan lopeh. Hee... Bulan lepas kan aku attend TMSalesConquerorConvention@PWTC@Seripacific. Benda dah lepas tapi sekarang baru nak kabo.. bukan tak nak kabo awal-awal tapi sebab i maluuu. Hik3
Day 1 ( theme : white )
Kalau boleh tak nak cerita pasal hari pertama, nak jump terus pada hari kedua.. boleh? Sebab tak suka 1st day yg sangat bosann... ramai sangat orangnya, dengan registration yang tak teratur. Nyampah mak tau! Dah la time tue hati dan jiwa tak rela nak datang.. pastu tetiba ramai sangat manusia.. sentaphatimak! terkejut i ... memang tak boleh nak terima ok. Aku kalau dah tak suka memang buat muka la.... walaupun dah cover.. tapi non hadoo ! ! ! terserlah jugekss.. See gambo bawah nie.. maluuuu mak noks!

Nie muka tak tahan tunggu registration yg terlalu lama dan ramai nau manusianya. Dah rasa cam nak register audition AF pun iye...




ahahaha tak senonoh muka aku kan.. masih marah lagi nie. hehe. nie dah dlm dewan..budus!

Ok nie beratur mkn ptg...ampeh!


Day 2 ( theme : red )
Hati dan jiwa dah mula ceria sikit.. Hari kedua sangat full aktivitinya. Sengal-sengal badan. Ketuk-ketuk meja. Baling kerusi. Pijak-pijak kaca. Haha.






Day 2 ( dinner : roman attire )
Haaa! Nie dinner yg ditunggu-tunggu bangat.. tak sabo nak tengok baju apa yang diorang pakai. Tapi baju kebanyakkannya sepesen jerr.. Roman Spartan la sangat kann.... tapi yg best malam tue sbb ada onenationemcee bunkface dan hos malam tue AG yang amat sengal. Tapi tak banyak gambo yg dapat upload, nak tengok boleh refer fb i ok!





Day 3 ( theme : orange )
Ini last day.. bahagianya ! ! tak sabar nak balik nie. Disebabkan bahagia jadi muka semua senyum. Hehe.








Pic last sekali tue bersama dgn student ASWARA. Motif bergambo dgn dia sebab muka dia iras Galang CINTA KIRANA. Hehe. I love this pic. Ngee~ see siap pegang bahu dia lagi.. lembuuttt i loike!
notakaki : nak pegi lagi lah! tapi nak ada galang....^_^

Saturday, February 12, 2011

Cerita Minggu Ini

Detik 12 mlm, tamat suda penghujung minggu ini. Mari kita recover semula apa yg telah kita lalui for this week. Ngeh ngeh.. Muhasabah diri nie.. But ekceli tak tau nak mulakan macam mana yg pasti telah telat ke kantor pd hari isnin. Iye..hari isnin sgt huru hara dan kelam kabut. :'(

Dan berhadapan pula dgn customer yg annoying bangat! Hari rabu mungkin.. Seorang perempuan yg bertudung bawal biasa, berbaju kurung ngerlip-ngerlip....dan berpurdah. Mata bercelak tipis..tiada bersarung tangan dan tidak bersarung kaki. Sangat mengejutkan kerana bersikap angkuh dan meninggi suara. Ajaibnya, angin aku elok pula hari tue..boleh lagi senyum dan bercakap lembut dgn dia. Haishh..terkesima tgk perwatakan dan peribadi yg sangat bercanggah mungkin. Cerita pd kak lin jawapannya," pengikut ashaari la tue..org arqam kot ". Cerita pd sang chenta jawapannya," arqam la tue..masih ada yg tak sempurna dlm diri dia lagi ".

Lupa lak..petang kul 6.30 terus ke Yunus dgn kak lin, kak kema n en.nizam pekena sate tembusu. Ahahaha berkerut-kerut muka en.nizam 1st time mkn sate tembusu..tue la! Lain kali tak reti mkn jgn la ikut.. :))

Khamis, pagi hari yg agak menekan..salah aku juga. I admit its my fault..PnC. Petangnya..untuk release tensi kak lin dan meregangkan situasi yg tegang...aku ajak kak lin main bowling! hee..ingat berdua je tapi.....kak kema, kak normah, en.nizam dan yg paling tak sangka......abg epul pun join skali ekekek siap wife n kasih pun dtg skali. But kak normah mmg superb ah main bowling ekekek tak mcm aku asik masuk longkang! Ok aku memang aim longkang pun.*wat aksi sentap*

Friday, hari yg amat memenatkan sbb teman kak lin setel kes fraud di celcom n maxis. If berdua mungkin ok kot tapi si dania pun ikut sekali, pulak tue asyik nak berdukung je..patah tangan tante ok! Tak boleh nak main bowling lagi..tak boleh aim longkang lagi.*aksi sentap skali lagi*

Tadi..sabtu, tghari ke ofis setelkan kerja yg menimbun. Entah bila akan surut...keluar ofis dlm kul 7 lebih. Mengisi perut di PapaRich saujana kajang..kenyang sehh! Dan malam nie tengok lak tv cite tv3 Ampunkan Daku..nak nangis i! Sayu..sentaphatimaknak.




notakaki: teringin nak cuti panjang

bete


detik yang dilalui begitu pantas


kadang tak terasa oleh kita


dan tiap detik yang berlalu itu


kau tunjukkan perubahan


aku sendiri tidak fahami.





Oh tuhan


tetapkan hati ini ya..

amin.

notakaki: hati dan jiwa yang keluh kesah

Friday, February 11, 2011

GANDAKANNYAA...

Ini adalah hadiah istimewa kepada pengguna Maxis dan Hotlink yang dahagakan kekayaan berganda pada mood chinese new year ini. Mempersembahkan Hot Tickets dari Hotlink with Double Prosperity!Taaraaa

RM20 Hot Ticket





RM30 Hot Ticket


Best ever adalah dengan setiap pembelian RM20 Hot Ticket anda akan mendapat RM20 bonus kredit atau RM30 bonus kredit dengan setiap pembelian RM30 Hot Ticket. Haa! bukan ini sahaja..banyak lagi gandaan yang anda akan dapat. Untuk lebih detail dan mengujakan klik sini ok!

Wednesday, February 9, 2011

si merah valentine

Sempena hari valentine yg akan dtg nie... apa kata hadiahkan kek yg sgt comelll kepada si dia dgn diskaun 60% ok! dah la murah...cantik lagi. hehe sila klik sini


see! the red velvet from Kitchen Guardian..






notakaki : valentine mesti merah kan

Sunday, February 6, 2011

jom 1 Malaysia!

Hari minggu adalah hari bersama keluarga. So duduk di rumah aja dong! duk selak-selak baca soratkabar..ye....saya selak-selak aje tapi bukan tak baca ok. Dah jadi habit, 1st pegang soratkabar mesti selak-selak dulu..tgk tajuk yg best-best dulu utk amik mood. teehee. 2nd, baca berita yang telah menangkap minat tadi. 3rd baru lah recover semua berita hari ini. Jap! bukan hari ini...semalam kan? berita semalam kan?:p

Tertancaplah oleh mata ini membaca artikel nukilan jehan miskin..JEHAN?suka ! ! ! sgt menjalangkan ok! kak lin cakap org nogori cakap cair is cair tapi air yg tak pekat atau kuah yg tak pekat yg cair je di panggil jalang. Jadi jehan miskin sgt menjalangkan hati ini. woohoo.. Ok.ok..berbalik pd artikel jehan tadi.. dia menulis tentang 1 Malaysia. Memang betul setiap perincian tulisannya tapi amatlah sukar untuk laksanakan. Bukan tak boleh tapi as customer service, berapa ramai dan berapa ratus org rakyat Malaysia yg saya hadap hari-hari nyata majoriti adalah pentingkan diri. Kalau sebelah pihak sahaja bertoleransi dan yg lain ambil kesempatan, memang takde gunanya semangat 1 Malaysia. Dan mereka yg sellfish ini akan salah guna term 1 Malaysia utk kepentingan peribadi yg kadangkala tak munasabah.

Sebahagian tulisannya yg patut semua kaum perlu fikirkan adalah," Untuk inisiatif 1 Malaysia berkesan, setiap rakyat perlu mengubah sikap terhadap kaum yang lain, bertoleransi dan bertolak ansur. Kerajaan cuma boleh memulakan inisiatif sebegini, ianya terpulang pada rakyat untuk menerapkan falsafah ini dalam kehidupan harian". See...memang ada kebenarannya tapi semua terpulang pd diri sendiri.

But the best part saya amatlah suka dan sgt tertarik pd yg ini," Orang Melayu baik tapi malas, Orang Cina rajin tapi tamak dan Orang India petah bercakap tapi tak boleh dipercayai". Memang kena lah! walau macam mana semangat 1 Malaysia kita laungkan tapi setakat laung jela..tak terapkan pd diri memang taaakkk la nak jadi. Aku sendiri pun sukar untuk amalkan 1 Malaysia dlm diri sebab cubalah lihat sekeliling then baru tahu. Tapi orang kata kalau kita tak mula dulu, bila lagi?

Semangat 1 Malaysia amatlah mudah untuk dilaungkan tapi amatlah sukar untuk diterapkan dalam diri setiap kaum. Mungkin sikap pentingkan diri dikikis dan berprasangka terhadap sesuatu kaum lenyap...barulah 1 Malaysia itu dirasai kemanisannya pada setiap rakyat.













notakaki : jatuh hati pada jehan miskin lah! hati sudah jalang. teehee.

Sunday, January 2, 2011

selamat jalan 2010 T_T

nie bukan entri utk selebret newyear sbb kebanyakkan fb dan blog semuanya happy new year bagai! sobs...selamat jalan 2010! sedih nie...sebab 2011 nie belum apa-apa aku dah start sakit kepala.migrain!

3hb nie dah kena attend kursus seminggu..taknak pergi ! ! ! tak bersedia tau.seminggu kemudian 15hb kena attend convention yg aku taknak pergi ! ! ! selama 3 hari. kenapa mesti saya.saya tak bersalah tau dalam hal nie..boleh tak bagi saya lalui permulaan tahun baru dgn tenang.....T_T

masa convention tue nanti ada dinner..wahh! i loike..but ada theme: roman spartan! mcm setan jerrr...GRRR! menciiii..tak suka.tak suka.tak suka...mana nak cari baju nie ! ! ! pelaburan lagayy...botak kepala nie. nak potong rambut lah! any idea?





sob..sob..sob....T_T