TuneList - Make your site Live

Wednesday, February 3, 2010

dalam sedar kau di kawal

oleh kerana semalam tidak hapdet blog jadi saya perlu guna perkataan yang agak kesat untuk entry ini.ehehe.baik.perlu serius.pernah merasa keadaan tertekan yang menekan dan ditekan oleh penekan.dimana kau akan buntu.fikiran celaru.dan kau mahu lari tapi kau sendiri tak mampu.keliru ke mana pelarian itu harus di tuju.mahu saja kau teriak namun kau sendiri tak berdaya.takut tiada telinga yang mendengar.


bilamana semua perkara yang kau terima sama ada kau mahu atau tidak.kau rela atau tidak.kau harus telan.kau harus hadap.dan semua ini buat kau rasa sial.dan semua berkaitan adalah bangsat.dan semalam aku hadapi semua ini.perasaanya sangat bodo bila kau tak dapat buat keputusan untuk diri kau.dan kau terpaksa bergantung harap pada orang lain walhal mereka tak dapat berbuat apa-apa.kerana penentunya hanya satu.dan dia yang akan rungkai semua persoalan yang sangat sial dan bangsat.

terima kasih pada aya dan iza yang sangat supportive.kamu-kamu terlalu menyokong walaupun aku tak dapat bergerak untuk menggerakkan keputusan yang ada.ya,aku loser.untuk beberapa ketika kamu-kamu kena berhadapan dgn aku yang bersituasi seperti di'manderem'.walau dalam sedar kau patut lakukan sesuatu tapi hakikat di jiwa sangat perit untuk kau lakukannya.

4 comments: