TuneList - Make your site Live

Sunday, March 10, 2013

Bandung Day 1

Ke Bandung dgn ofismet Kak Lin, Kak Shida n Kak Gee pada 16 February 2013. Flight kami pukul 0645 am so, sampai LCCT dlm pukul 5 lebih terus pi amik boarding pass then isi perut jap kat Marrybrown.
Jam 6 cenggitu kitorang jalan lenggang kangkung then kena marah sbb gate nak TUTUP dah! Vongok! mana kau punya annoucement ha?pastu nak marah orang laks..

Tak pasal-pasal pagi subuh dah kena marathon cari flight. Bapak kau takde signboard mana flight ke Bandung. Setiap pintu gate flight kitorang redah tanya ke Bandung ke idak..sempott! Ke Solo, Hatyai, Siem Reap, Tokyo, Seoul..semua kitorang redah. Dah berapa banyak tempat daa kami pergi pagi-pagi subuh untuk ke Bandung. Adehh! Seb baik jumpa gak... T_T

Sampai ke Bandung dalam jam 8.30 kot Pak Kuwat dah tunggu kat airport. Supir kami deal dengan Pak Ratno sebab last year pernah guna servis dia dan percaya pada dia tapi kali nie dia busy bangat so, rekomen kawan dia, Pak Kuwat.

Dari airport terus ke apartment, Cipedes. Then inform Pak Kuwat dalam 12.30 baru keluar cari makan dan jalan-jalan sebab aku sakit kepala yang amat..tak cukup tidur plus tetiba kena marathon pagi-pagi subuh. So leboh ler aku bagi lega sikit kepala nie.

Makan tengah hari kami di Sangkuriang Resto. Makanan best tapi aku tak berapa gemor ikan gurame walaupon ko femes ok! Ramai kot rekomen ikan gurame..not my fave ler...Lapor punya pasal sampai lupa nak snap pic dish kitorang. hehe

Semua pic nie lepas makan . . .


ok..nie bukan theme red vs green eh kebetolan!




Then lepas makan terus minta Pak Kuwat drop kitorang kat Jalan Dago. Letih wohh kaki neh.. Semua FO kitorang masuk..pastu dah terbekenan la plak kasut kat Donatello. Takpe-takpe banyak masa dan banyak hari lagi kat sini. Lek-lek lu!

one of the FO in jalan Dago GOSSIP

nie kat Jetset..kalo tak silap la


dlm Jetset nie ada kolam ikan koi

tak tau apa nama fo nie tapi sebelah simpang raya
 Lepas shopping, kitorang terus makan malam kat Simpang Raya Resto. Makanan padang . . tapi tak banyak dish sangat. Takde kari kepala ikan macam Sederhana Resto. Kempunan i! Ok! tu je untuk hari pertama. Tunggu hari kedua ke tangkuban.Best!



Sunday, February 24, 2013

Welcome home

Hehe.

Baru balik dari Bandung Khamis malam ritu. Pi Bandung 16th feb, bertolak pagi subuh. Uhh letih bangat ok..tapi puas! Liburan ke Bandung selama 6 hari! 6 hari ok...tapi sebenarnya tak cukup pun 6 hari tu. Later-later lah update entry Bandung hehe mood belum sampai.. kikiki

Saturday, January 26, 2013

Big Baby Driver

Weewiitt . . . sekarang I dah jatuh cinta dengan Big Baby Driver! Apakah? hehe Big Baby Driver is a korean indie musician. First time dengar lagu nie dalam drama King of Dramas, that song so wonderful. So I keep wondering who sing this song . . . I only know the lyrics is ~~ I don't know how to say goodbye ~~ that's all! ahahaha

So.. from the only lyrics that I know...than I start googling ~ weehuu! sukses!

I start downloading all her song! Her songs sound like Dido and Sixpence None The Richer yang pernah I suka dahulu.

So try listen to this song ~ Tuesday Songs by Big Baby Driver ~ So indah ~







notakaki: seperti membaca novel sambil minum macchiato coffee dan ditiup angin petang. berangan!!! ahahaha

Thursday, January 24, 2013

warmer nights


Yang mana lebih sukar antara mohon maaf dan memaafkan?

Keduanya amat dituntut tetapi amat sukar . . .

Jika keduanya tiada dalam diri, agaknya apa akan terjadi pada seseorang itu?

Pasti tompok hitam di hati makin merebak kan?dan hati akan separuh beku . . .

Lama-lama terus keras membeku.

Langsung tiada perasaan.



Kalau ditanya soal dosa, ya iyalah dosa itu sudah pasti.



notakaki: sesuatu yg terjadi ada sebab tersendiri. hmm?

Sunday, January 13, 2013

First Love

First love is beautiful.
First love is flower.
First love is like a kid . . And first love is clumsy.


notakaki: wonder if i have this feeling before.

Saturday, January 12, 2013

Insomnia

Tadi nak wat entri cam panjang nau. Pastu terus save jadik draft sbb ngantuk. Hehe. Pastu tengok Running Man terus segar. Ahaha. Entri yg konon panjang terus terperap dalam draft. Ko nie Rehan . . .

Lately nie aku sangat susah untuk tidur lena. Keluar pegi ofis pukul 7.30am then balik dari ofis pukul paling lewat pukul 8.30pm. So arrive at home paling lambat pukul 9.00pm. Apa nie? ? ? Macam hardworking sangat! Workaholic konon! Ahahaha O_o

Disebabkan tidur yg tidak lena dan sering terganggu (wah! mcm info kesihatan laks), aku try makan pil tidur hiks! Hm.. Memang menjadi. Memang tersangat lena sampai kat ofis pun still rasa ngantuk lagi. Huh! Maybe sbb kepenatan yg terlalu maksima dalam diri menewaskan tenaga yg minimalis. Yeah! Ada kemungkinan. Apa yg ko konklusikan nie Rehan! T_T

Araso! Nak tengok Running Man. Bubye.


notakaki: tak sabar cuti panjang.

Monday, January 7, 2013

iman dan hati

Sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar).


notakaki: ada tompok hitam pada hati ini.