TuneList - Make your site Live

Saturday, December 11, 2010

cinta..apa tu?

aku sebenarnya masih samar-samar tentang cinta. apa itu cinta?penting sangatkah sampai if we hv no bf..so we r like loser. tapi dunia sekarang dah lain tak macam dolu-dolu..tak perlu kejar n tak perlu concern sgt pasal cinta kan.
kalau lihat remaja sekarang sgt advance berkasih sayang dan sgt advance in tekno of course! wah...kalau kau pergi mana-mana mall tak sah la kalau takde yg bercouple kan. kadang-kadang terfikir mesti mak bapak kau kaya nak mampos dapat sponsor kau keluar berdating bagai.. bagaimana ye mereka ini senang bercinta?tak bosan ke?hello!!! u all masih muda ok..mesti bosan kan if setia pd yg satu itu. so suci... :p

adakah cinta itu harus direstui ibubapa?dan adakah cinta itu ikatan janji sehidup semati dua pasangan dimana tak perlu pendapat ibubapa (rasanya ramai pasangan sebegini sekarang). aku keliru antara cinta between us (pasangan bercinta yg tak perlu keizinan org tua utk beritahu sesuai atau tidak) atau cinta yg ditetapkan oleh org tua (jodoh yg ditentukan oleh keluarga).

tapi yg pasti di antara ke dua-dua cinta ini tiada cinta yang akan sehidup semati. memang tidak akan wujud sehidup semati..cinta hanya sehidup kerana mati kita ditentukan oleh Presiden Sekalian Alam. jadi bila difikirkan...adakah rugi atau berbaloi membuang masa dan wang ketika bercinta yang kita sendiri tak pasti kesudahan sesuatu perhubungan itu.

itu yg aku beritahu pada sang chenta tentang hubungan ini sebulan yg lalu dan kini hubungan ini terasa hambar. bukan tidak cinta (walaupun masih tak pasti adakah ini cinta)..aku dan dia perlu ruang untuk bernafas. sangat merugikan pada diri ini bilamana tiap hari tiap detik kau ungkap cinta tanpa ke mana-mana.hanya di situ.tak bergerak dan melangkah ke hadapan.

jadi...apa itu cinta?kau perlu ada planning sebelum kau benar-benar bersedia raih cinta yang akan kau jaga dan lindunginya. cinta bukan sekadar ungkapan sayang tapi kebahagiaan yang akan kau beri setiap detik waktu dan hala tuju perhubungan itu adalah pasti!

p/s: indah kan pic di atas?

Sunday, December 5, 2010

masih

aku tak pernah kejar

aku hanya mencari

dan menanti.


berdoa suatu hari nanti menjadi milikku.


kini kau bersamaku

tapi

jiwa ini masih kosong.


mungkinkah bukan kau yang kunanti?

tapi hati masih memberi ruang untukmu

entah sampai kapan...

Saturday, November 20, 2010

otak hati fikiran dan kismis

ngehngehngeh...blog sape ini ye...?uhuk3......

bukan tak mahu ngedate tapi apesal tah memori aku nie terlalu lemah..sigh! terlalu byk mengingati terlalu byk dilupai.wahh gitu! asal nak ingat je....jap gi dah lupa balik.diri ini dah acapkali dimarahi sang chenta sob sob...what to do! i kan sukar mengingati eheh maafkan hamba Allah ini ok!

aku akan terus tulis eh eh type selagi aku still ingat aku ada blog ekekek gilo! byk benda sgt nak dicoretkan tapi kena pelan2 kayuh takut nanti tersadung.yelaaa..memory i dah weak perlu charge.asal nak ingat je kena charge...adehh!

entah kenapa tiap kali masuk bilik air, otak nie akan ligat berputaq-putaq bercakap dgn si hati. ye! otak bercakap dgn hati ok.tak percaya..cuba la! bercerita mcm2...luahan itu dan ini. berbahas itu dan ini. sambil memberi pendapat dan buah fikiran. fuh! terer kan...unfortunately, melangkah je kaki nie keluar pintu bilik air...terus otak dan hati membisu.haih! tak boleh recall balik....




p/s: kena start mkn kismis..tp kalau taknak mkn kismis boleh tak?mkn anggur boleh kan..kan...

Thursday, September 9, 2010

maaf

Ye, saya tau kamu marah pada saya, kamu terasa dgn saya, kamu terguris dgn saya. kamu..kamu..kamu...saya minta maaf pada kamu semua. entah jembalang mana yg merasuk diri, diri ini tiba-tiba berubah. berubah menjadi moody, terlalu emosi.

aidilfitri ini..mohon ribuan keampunan di atas kekhilafan diri. kepada para sobat, kepada sang kekasih..saya amat rindu pada kamu semua. ada rezeki dan diizin Pentadbir Alam, kita kan ketemu jua. cepat atau lambat sahaja...kamu tunggu ya.

terlalu banyak yang ingin dicoretkan..tapi biarin dulu deh! capek..

p/s: telah kumaafkan segala kesalahan dan kesilapan saudara muslimku sekalian.


wassalam.

Monday, August 16, 2010

i hate monday

uuhhhh..pegi kerja dgn hidung berair. kejap-kejap...srott srett..srott srett..haih! sedih! nasib baik tak meleleh depan customer. selsema saja takpe.. ini sekali dengan suara sengau, mujur la tak terlalu serak. adeyhh!! letih betul nak melayan 3 sahabat karib nie.

tekak dah mula rasa perit.






p/s: kepada tekak, jgn batuk ye. itu sangat susah untuk saya tangani.


bye.

Sunday, August 15, 2010

flu

jumaat. tiba-tiba dapat selesema. haih! dah start sakit kepala. nak demam la nie, nasib baik amik rehat petang..so boleh la i masuk sarang. ekekek tido dlm surau ar pe lagayy.. pukul 4.27ptg kak kema kejutkan. sharp 4.30,terus punch balik umah. sampai umah terus leboh.

rutin setiap malam, makan ubat tahan sakit, pening, sakit tekak, selesema dan vitamin. sekarang nie pun hidung masih berair. program tv semua tak best! mana cite raya???mana?mana????huh..so pe susah...type jew! sambil pasang lagu raya ahahaha. tambah semangat, mama kat belakang sound, kuat sikit pasang tuh! hehe

arghh! shoulder i dah sakit nieh...perlu cari hiburan yg lain sambil berbaring di ruangan tamu. hari pun mahu hujan, tak baik untuk kesihatan modem. benci selesema!! mencii!!!! sob sob

Wednesday, August 11, 2010

penat

hari nie permulaan puasa.haih! dari pukul 8 pagi sampai pukul 12tghri, mulut nie kerjanya menguaaappp jerk. sampai dah tak larat nak menguap.menguap pun boleh penat. walaupun diri ini tak puasa, tabahkan hati perlu hormati bulan ramadhan dan mereka yg berpuasa, usah keanak-anakan. tapi abeh je keja kol 4.30....terus je laju pi kedai mamak bungkus milo ais! pergghhh! nikmatnya milo ais mamak niehh..sengaja pandai wat milo es.

balik je umah...kepala teros leboh atas katil.adehh! migrain kepala nie....tak tahan..dah panas+kepala berat. kuatkan semangat pi mandi. syukur ada kurang sket denyut2 kepala nie. hopefully esok dapatla berpuasa bersama umat islam di dunia nie. sekarang dah tak boleh byk bergurau+merapu+berbual kosong.perlu jimat tenaga nanti migrain. hehe.